Monday 27 May 2013
Tuesday 14 May 2013
10 Gambar BBM (File)
Tujuan:
File ini dihasilkan untuk dijadikan hadiah kepada pesakit kanak-kanak. Khasnya kepada pesakit onkologi yang terpaksa tinggal di dalam wad lebih lama untuk rawatan lanjutan. Semua dokumen atau hasil aktiviti harian kanak-kanak tersebut dapat disimpan dalam file ini sebagai kenang-kenangan.
Bahan-bahan:
Kotak mineral 1x
Penebuk lubang
Metal fastener 1 set
Pembalut hadiah
Gambar setelah siap :)
Friday 26 April 2013
10 video Teknologi dan Inovasi dalam Perubatan
1) Terapi "compression"
2) "Back pain relieve"
3) "Breast-self examination"
4) "Insulin delivery system"
5) "Automatic colonoscopy machine"
6) "Implantable blood pump"
7) " Monitoring system"
8) "Heart rate marker"
9) " Breathing mannequin"
10) " Robotic assist surgery"
Wednesday 24 April 2013
10 gambar Teknology dan Inovasi dalam Perubatan
1) Terapi SCENAR
SCENAR merupakan singkatan daripada “Self-
Controlling Energy Neuro- Adapting Regulator”.
Tenaga yang dihasilkan SCENAR memberi arahan kepada otak tentang apakah
tindakkan yang sepatutnya dilakukan untuk memulihkan badan. SCENAR berfungsi
untuk mengaktifkan kembali otak.
2) “Human
recorder sensor”
“Human recorder sensor” digunakan untuk mengukur
serta menilai isyarat daripada elektrograf, gelombang otak, kadar denyutan
jantung, suhu badan dan kadar pernafasan. Maklumat yang diperoleh dikumpulkan,
dianalisis serta boleh dilihat melalui computer atau telefon bimbit. Data yang
dikumpulkan berperanan dalam menentukan tahap kesihatan sesorang.
3) “Babyglow
clothing”
“Babyglow clothing” berperanan untuk
mengenalpasti perubahan suhu badan kanak-kanak yang melebihi tahap normal iaitu
lebih daripada 37°C. Peningkatan suhu
badan kanak-kanak menimbulkan kerisauan kepada ibu-bapa. Pakaian tersebut akan
bertukar kepada warna putih apabila suhu badan kanak-kanak melebihi paras
normal.
4) “uBox”
“uBox” merupakan sejenis kotak yang berperanan
untuk menyimpan ubat-ubatan serta berupaya memberi ubat pada waktu yang tepat
serta boleh dihubungkan melalui Bluetooth ke telefon pintar. Apabila tiba masa
untuk mengambil ubat, “uBox” akan mengeluarkan bunyi ‘beep’, menyalakan lampu
dan memberi isyarat kepada telefon pintar serta membuka bahagian ubat yang
perlu diambil pada waktu tersebut. Ia bukan sahaja memberi peringatan bagi
pengambilan ubat malahan menyimpan rekod di dalam telefon pintar.
5) T-shirt ECG
T-shirt
ECC ini berfungsi untuk mengukur kadar jantung tanpa perlu menggunakan wayar
serta elektrod yang banyak. Data yang telah dikumpulkan akan dihantar serta
disimpan ke dalam telefon bimbit melalui Bluetooth. Maklumat tersebut juga akan
dihantar kepada “service centre” untuk proses analisis.
6)
Mengukur “Aortic Blood Pressure”
melalui prosedur bukan invasif.
CASP (central aortic systolic pressure) merupakan
penunjuk yang lebih baik bagi mengenalpasti tahap kesihatan jantung kerana ia
mengukur tekanan di dalam aorta dimana tekanan darah tinggi boleh menyebabkan
kerosakkan utama. Melalui alat ini, CASP boleh diukur tanpa memerlukan
pembedahan serta invasif prosedur.
7) Scanadu SCOUT
(Alat diagnostic di rumah)
Scanadu
SCOUT merupakan alat yang berbentuk kecil, laju dan harganya berpatutan untuk
mengenalpasti tahap kesihatan sesorang. Ia berupaya diagnose 15 jenis pnyakit.
Maklumat yang diperoleh juga boleh dihantar ke telefon pintar melalui
Bluetooth. Contohnya, kadar jantung, nadi, suhu serta kadar oxygem dalam darah.
Alat ini juga berupaya untuk menganalisis urin. Biasanya bagi ibu mengandung
untuk mengesan tanda-tanda komplikasi seperti darah tinggi, kencing manis dan
jangkitan kuman. Selain itu, alat ini boleh mengenalpasti masalah pada
pernafasan melalui air liur.
8)
Memeriksa kadar hemoglobin tanpa
perlu cucuk
Alat ini dikenali sebagai Pronto – 7. Ia berupaya
memeriksa jumlah hemoglobin, SpO2, kadar nadi dan “perfusion” index dengan
cepat tanpa menggunakan invasif prosedur. Alat ini unik kerana pesakit tidak
perlu dicucuk untuk memerhatikan kadar hemoglobin seorang pesakit terutamanya
yang kritikal.
9) Poket CPR (cardiopulmonary resuscitation)
Poket CPR merupakan alat yang digunakan bagi membantu
penyelamat dalam memberi kualiti yang tinggi ketika melakukan tekanan pada dada
kepada individu yang diserang penyakit jantung. Alat ini berupaya memberi masa
yang betul serta mengikut aturan semasa melakukan CPR. Bentuknya yang kecil membolehkan ianya dibawa
kemana sahaja pada bila-bila masa.
10) Wireless
glucometer/ insulin pump system
Bentuk
wireless glucometer/ insulin pump system ini seperti telefon pintar tetapi
sebenarnya ia merupakan glucometer. Alat ini disambungkan kepada insulin pump
melalui wireless dan boleh dipantau melalui pindahan data yang doleh dikongsi
serta dibaca oleh keluarga dan doctor.
Subscribe to:
Posts (Atom)