Tuesday 14 May 2013

10 Gambar BBM (File)



Tujuan:
File ini dihasilkan untuk dijadikan hadiah kepada pesakit kanak-kanak. Khasnya kepada pesakit onkologi yang terpaksa tinggal di dalam wad lebih lama untuk rawatan lanjutan. Semua dokumen atau hasil aktiviti harian kanak-kanak tersebut dapat disimpan dalam file ini sebagai kenang-kenangan. 

Bahan-bahan:
 Kotak mineral 1x
Penebuk lubang
Metal fastener 1 set
Pembalut hadiah



Gambar setelah siap :)











Friday 26 April 2013

10 video Teknologi dan Inovasi dalam Perubatan








1) Terapi "compression"
2) "Back pain relieve"


3) "Breast-self examination"

4) "Insulin delivery system"

5) "Automatic colonoscopy machine"

6) "Implantable blood pump"

7) " Monitoring system"

8) "Heart rate marker"

9) " Breathing mannequin"

10) " Robotic assist surgery"

Wednesday 24 April 2013

10 gambar Teknology dan Inovasi dalam Perubatan







1)      Terapi SCENAR

SCENAR merupakan singkatan daripada “Self- Controlling Energy Neuro- Adapting Regulator”.  Tenaga yang dihasilkan SCENAR memberi arahan kepada otak tentang apakah tindakkan yang sepatutnya dilakukan untuk memulihkan badan. SCENAR berfungsi untuk mengaktifkan kembali otak.



2)      “Human recorder sensor”
    

“Human recorder sensor” digunakan untuk mengukur serta menilai isyarat daripada elektrograf, gelombang otak, kadar denyutan jantung, suhu badan dan kadar pernafasan. Maklumat yang diperoleh dikumpulkan, dianalisis serta boleh dilihat melalui computer atau telefon bimbit. Data yang dikumpulkan berperanan dalam menentukan tahap kesihatan sesorang.



3)      “Babyglow clothing”

“Babyglow clothing” berperanan untuk mengenalpasti perubahan suhu badan kanak-kanak yang melebihi tahap normal iaitu lebih daripada 37°C.  Peningkatan suhu badan kanak-kanak menimbulkan kerisauan kepada ibu-bapa. Pakaian tersebut akan bertukar kepada warna putih apabila suhu badan kanak-kanak melebihi paras normal. 



4)      “uBox” 

“uBox” merupakan sejenis kotak yang berperanan untuk menyimpan ubat-ubatan serta berupaya memberi ubat pada waktu yang tepat serta boleh dihubungkan melalui Bluetooth ke telefon pintar. Apabila tiba masa untuk mengambil ubat, “uBox” akan mengeluarkan bunyi ‘beep’, menyalakan lampu dan memberi isyarat kepada telefon pintar serta membuka bahagian ubat yang perlu diambil pada waktu tersebut. Ia bukan sahaja memberi peringatan bagi pengambilan ubat malahan menyimpan rekod di dalam telefon pintar.  



5)      T-shirt ECG

T-shirt ECC ini berfungsi untuk mengukur kadar jantung tanpa perlu menggunakan wayar serta elektrod yang banyak. Data yang telah dikumpulkan akan dihantar serta disimpan ke dalam telefon bimbit melalui Bluetooth. Maklumat tersebut juga akan dihantar kepada “service centre” untuk proses analisis.



6)      Mengukur “Aortic Blood Pressure” melalui prosedur bukan invasif.

CASP (central aortic systolic pressure) merupakan penunjuk yang lebih baik bagi mengenalpasti tahap kesihatan jantung kerana ia mengukur tekanan di dalam aorta dimana tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kerosakkan utama. Melalui alat ini, CASP boleh diukur tanpa memerlukan pembedahan serta invasif prosedur.



7)      Scanadu SCOUT (Alat diagnostic di rumah)



Scanadu SCOUT merupakan alat yang berbentuk kecil, laju dan harganya berpatutan untuk mengenalpasti tahap kesihatan sesorang. Ia berupaya diagnose 15 jenis pnyakit. Maklumat yang diperoleh juga boleh dihantar ke telefon pintar melalui Bluetooth. Contohnya, kadar jantung, nadi, suhu serta kadar oxygem dalam darah. Alat ini juga berupaya untuk menganalisis urin. Biasanya bagi ibu mengandung untuk mengesan tanda-tanda komplikasi seperti darah tinggi, kencing manis dan jangkitan kuman. Selain itu, alat ini boleh mengenalpasti masalah pada pernafasan melalui air liur.



8)      Memeriksa kadar hemoglobin tanpa perlu cucuk

Alat ini dikenali sebagai Pronto – 7. Ia berupaya memeriksa jumlah hemoglobin, SpO2, kadar nadi dan “perfusion” index dengan cepat tanpa menggunakan invasif prosedur. Alat ini unik kerana pesakit tidak perlu dicucuk untuk memerhatikan kadar hemoglobin seorang pesakit terutamanya yang kritikal.
 


9)      Poket CPR (cardiopulmonary resuscitation)

 

Poket CPR merupakan alat yang digunakan bagi membantu penyelamat dalam memberi kualiti yang tinggi ketika melakukan tekanan pada dada kepada individu yang diserang penyakit jantung. Alat ini berupaya memberi masa yang betul serta mengikut aturan semasa melakukan CPR.  Bentuknya yang kecil membolehkan ianya dibawa kemana sahaja pada bila-bila masa.


10)      Wireless glucometer/ insulin pump system

Bentuk wireless glucometer/ insulin pump system ini seperti telefon pintar tetapi sebenarnya ia merupakan glucometer. Alat ini disambungkan kepada insulin pump melalui wireless dan boleh dipantau melalui pindahan data yang doleh dikongsi serta dibaca oleh keluarga dan doctor.